was successfully added to your cart.

Berapa Banyak Air Yang Sepatut Kita Minum Setiap Hari?

By October 12, 2017Topik Hangat
Berapa Banyak Air Yang Sepatut Kita Minum Setiap Hari?

Berapa Banyak Air Yang Sepatut Kita Minum Setiap Hari?

Setiap hari kita kehilangan air melalui nafas, peluh, air kencing dan pergerakan usus. Untuk membolehkan badan kita terus berfungsi dengan betul, kita perlu mengimbangkan bekalan air kita dengan memakan makanan dan minuman yang mengandungi air. Dr Robert Young, seorang pengarang buku-buku perubatan alternatif yang menggalakkan pemakanan alkali, mencadangkan bahawa kita harus minum 1 liter air untuk setiap berat badan 50lb atau 22.7kg. Beliau mengukhususkan bahawa air di sini tidak termasuk kopi atau minuman ringan.

Andaikan berat badan saya 55kg (atau 120 paun), saya perlu mengambil kira-kira 2.4 liter air, setiap hari.

Dan jika kita mengukur 2.4 liter dalam cawan 250ml, maka saya akan perlu minum sekurang-kurangnya 10 cawan air dalam satu hari.

Jadi, bagaimana pula dengan kawan saya yang seberat 100kg (atau 220paun)?
Dia kena minum 4.4 liter air!

WOW! Banyaknya air perlu diminum sehari.

Berapa Banyak Air Yang Sepatut Kita Minum Setiap Hari?

Jadikan dahaga sebagai petunjuk terbaik untuk anda

Antara nasihat doktor yang biasa kita dengar tentang pengambilan air masak secukupnya ialah dengan “mendengar” badan kita.

Ada yang mengatakan “Jadi, jangan risau. cara mudah nak tahu badan kita perlukan air ialah dengan check kondisi badan kita sendiri”. Jika kita jarang berasa dahaga dan warna air kencing anda berwarna kuning muda atau tidak berwarna, pengambilan cecair anda mungkin mencukupi.

Kata-kata dari salah seorang pakar pemakanan, Ann Grandjean, “Jika anda terpaksa pergi ke bilik air begitu banyak kali sehingga tidak dapat melakukan kerja-kerja lain dengan sempurna, ini adalah satu petanda bahawa anda telah minum terlalu banyak. Sebaliknya, jika anda membuang air kecil kurang daripada empat kali sehari, anda mungkin minum terlalu sedikit. “

Untuk mereka yang semestinya mendapat satu sukatan penggantian air dalam badan, kami mencadangkan untuk minum setengah berat badan anda dalam auns setiap hari.

Tips Pengambilan Air Harian 2L di Pejabat

3 sebab utama ramai orang sukar minum 8 gelas air (2L air) sehari di ofis ialah:

(1) Malas nak ke pantry, yang mungkin jauh daripada meja kerja. Jadi, nak ulang alik ke pantry sebanyak 8 kali demi 8 gelas air kosong adalah sesuatu yang memenatkan. Tambahan bila anyak kerja, rasa macam buang masa sahaja asyik nak ke pantry.

(2) Tiada counter khas untuk buat kiraan gelas dengan betul. Asyik ulang alik sahaja, sampai lupa dah berapa kiraan. Jadi, agak-agak ajelah macam dah cukup 8 gelas air kosong sehari. Hehe..

(3) Malas nak ke tandas. Tak suka asyik rasa nak buang air kecil sahaja.

Jika salah satu dari sebab di atas merupakan cabaran anda untuk tidak mematuhi jumlah pengambilan air harian di ofis dengan betul, cuba sediakan botol air bersukat sebagai penanda. Cadangan kami, gunakan botol air 1L.

Berapa Banyak Air Yang Sepatut Kita Minum Setiap Hari?Secara purata kita habiskan 8 jam sehari di ofis di mana 4 jam pertama kerja, lunch break, dan di sambung 4 jam kedua kerja sebelum pulang ke rumah. Jadi, set kan untuk habiskan sebotol air kosong sebelum rehat tengah hari. Manakala, sebotol air kosong lagi di habiskan sebelum pulang ke rumah di waktu petang.

Dengan teknik ini, anda boleh mencapai target 2L pengambilan air harian setiap hari tanpa culas. Tambahan pula, trip ke pantry ofis hanya 2 kali sehari, berbanding 8 kali sehari jika anda hanya minum menggunakan cawan atau gelas. Masa kerja dapat di optimumkan, dan anda dapat fokus bekerja dengan penuh efisyen. Apabila “tangki” sudah penuh, tiada alasan lagi untuk tidak mahu ke tandas.

Jadilah ahli VIP Geng Detox
Daftar sekarang dan dapatkan EBook PERCUMA Menu Detox Sihat terus ke email anda.Nota Khas: Email anda adalah rahsia dan dijaga rapi.
GengDetox

Author GengDetox

More posts by GengDetox

Leave a Reply