was successfully added to your cart.

Bagaimana Nak Kira Kalori Makanan

By October 12, 2017Kawalan Kalori

Pada kebiasaanya, setiap produk yang dijual akan menunjukkan kandungan jumlah kalorinya pada bahagian Maklumat Tentang Pemakanan. Pengiraan kalori boleh dibuat dengan mendarab berat nutrisi dalam “gram” dengan nombor pekali tertentu. Misalnya;

Karbohidrat : Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein : Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak : Didarab dengan 9 setiap gram.

Contoh kiraan:

Satu hidangan Sos Cili didapati mengandungi kuantiti:

i. Karbohidrat – 53 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 212 Kalori.
ii. Protein – 1 gram (Berat) x 4 (nombor pekali) = 4 Kalori
iii. Gula (sejenis karbohidrat) -16g (Berat) x 4 (nombor pekali) = 64 Kalori

Jadi, jumlah 1 tuangan sos cili kuantiti kalorinya adalah bersamaan dengan 280.

Berapa anggaran kuantiti kalori dalam makanan rakyat Malaysia? Apa akan terjadi andainya makanan diambil melebihi daripada kuantiti yang disyorkan?

Ini penting untuk anda faham. Setiap 8000 kalori yang terkumpul dalam badan (tidak dibakar) akan menyebabkan berat badan naik sebanyak 1 kilogram.

Kategori: Makanan Ruji

Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori
Kategori: Buah-buahan

Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori
Kategori: Lauk Pauk

Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori
Kategori: Kuih Muih

Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori
Kategori: Makanan Segera

Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Jadilah ahli VIP Geng Detox
Daftar sekarang dan dapatkan EBook PERCUMA Menu Detox Sihat terus ke email anda.Nota Khas: Email anda adalah rahsia dan dijaga rapi.
GengDetox

Author GengDetox

More posts by GengDetox

Leave a Reply